Monday, March 25, 2013

DIRI dan MASA

Disiplinkan diri sendiri sebelum mengarah orang lain....memberi arahan kepada orang lain agar mereka tepat pada masa.....tetapi, diri sendiri tak mampu untuk menepati masa.....APAKAH?

Pengurusan diri amatlah penting pada masa sekarang seiring dengan kesibukan di dunia ini. Dalam membentuk ummah yang berdisiplin, pelbagai inisiatif telah pun diiplementasikan. Namun menemukan jalan buntu. Oleh itu, individu itu sendiri hendaklah sedarkan akan disiplin dirinya sendiri. Sebaliknya, individu yang tidak berdisiplin terlalu mengharapkan kesempurnaan disiplin orang lain dan perkara ini akan dipandang serius oleh orang lain. Individu tersebut tanpa disedari telah menaikkan darah orang lain dan akan mengakibatkan banyak perkara negatif timbul.

Pengurusan masa perlu dititk beratkan agar dispilin diri dapat dipupuk. Menepati masa itu amatlah penting dalam membentuk satu bangsa atau masyarakat yang mempunyai mutu disiplin yang tinggi. Hal ini demikian kerana terlalu ramai dalam kalangan masyarakat kini yang tidak menepati masa seperti lewat hadir ke sekolah, lewat ke tempat kerja, tidak menepati masa yang ditetapkan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment